Bintang Manchester United, Alex Telles Dilaporkan Positif COVID-19 Kali Kedua
Pemain Manchester United, Alex Telles diuji positif COVID-19 ketika bertugas untuk pasukan kebangsaan Brazil di zon Amerika Selatan Kelayakan Piala Dunia 2022 di mana 17 hari setelah pemain pertahanan berusia 27 tahun itu diuji COVID-19 buat pertama kalinya.
Doktor Rodrigo Lasmar berkata, “Walaupun pemain sudah keluar dari fasa transmisi, kemungkinan positif COVID-19 boleh berlaku semula untuk beberapa waktu. Persekutuan Bola Sepak Inggeris melakukan penilaian sebelum melepaskan para pemain, dan dia memenuhi syarat itu”.
Oleh disebabkan itu, Alex Telles tidak dapat memperkuatkan pasukan Brazil untuk menentang Uruguay. Walaupun tidak menjangkiti, Uruguay dilaporkan tidak membenarkan sesiapa yang positif COVID-19 memasuki kawasan mereka.
Namun begitu, Alex Telles akan diuji semula seperti yang telah dijadulkan oleh pasukan kebangsaan Brazil. Sekiranya Alex Telles disyaki positif kembali, bekas permain FC Porto akan digugurkan dari pasukan Selecao.
Sekiranya keputusan menunjuk kepada negatif maka Alex Telles dan Atletico Miniero’s Guilherme Arana akan ke Uruguay. Guilherme Arana akan menjadi pelapis Alex Telles sekiranya dia tidak hadir ke Uruguay.
Sumber: CNN Indonesia
Post a Comment