Header Ads

Bapa Haqiem masuk hospital


 KUALA LUMPUR: Bapa kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-33, Haqiem Rusli iaitu Rusli Abdul Manaf, 64, dimasukkan di sebuah hospital akibat sesak nafas, semalam.

Haqiem, 22, berkata, bapanya dimasukkan ke hospital berikutan masalah sesak nafas, bagaimanapun keadaannya sudah stabil.

"Abah menghidap penyakit jantung, tetapi mula sesak nafas selepas membuat kerja rumah. Abah dibawa ke hospital, tetapi mujurlah, tiada masalah serius.

"Alhamdulillah, sekarang keadaan Abah stabil. Abah pun sudah berusia, insya-Allah bila keluar hospital keadaannya okay.

"Tak banyak yang dikongsikan bagi menjaga privasi keluarga. Bagaimanapun, saya mohon mendoakan yang baik-baik untuk Abah saya," katanya kepada BH Online.

Pemenang Bintang Paling Popular, ABPBH 33 mengharapkan bapanya, Rusli Abdul Manaf cepat sembuh dan keluar hospital. - Foto NSTP
Pemenang Bintang Paling Popular, ABPBH 33 mengharapkan bapanya, Rusli Abdul Manaf cepat sembuh dan keluar hospital. - Foto NSTP

Sebagai anak, Haqiem berkata, dia tidak menafikan risau, apatah lagi bapanya semakin berusia, namun mengharapkan bapanya cepat sembuh dan keluar hospital.

Terdahulu, Haqiem yang juga pemenang kategori Penyanyi Lelaki Popular pada ABPBH 33 berkongsi keadaan bapanya menerusi laman sosial, Instagram miliknya. Dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.

"Minta doa yang baik-baik sahaja untuk abah," tulisnya ringkas.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.