Header Ads

SPRM cari 2 lelaki kes salah guna cop keluar, masuk negara

 SPRM sedang mengesan dua lelaki, Yuen Hon Loong dan Teo Hun Siang bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM sedang mengesan dua lelaki, Yuen Hon Loong dan Teo Hun Siang bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari dua lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di sempadan utama negara.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, seorang lelaki berkenaan dikenali sebagai Yuen Hon Loong berusia 49 tahun.

Katanya, Hon Loong mempunyai dua alamat terakhir iaitu No 27, Jalan Kota 12 Taman Kota 83700 Yong Peng, Johor dan No 13A, Jalan PJS 1/32, Batu 6 1/2 Jalan Klang Lama, 46000 Petaling Jaya, Selangor.

Individu kedua, Teo Hun Siang, 36, pula mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di 3-2 Residensi Sultan Ismail No 12, Jalan Sultan Ismail 50250, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selain No 803, Pekan Baru Juasseh 72500 Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan 77-19-3A Sri Emas Condominium Jalan Hang Isap Off Jalan Galloway, 50150 Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Muhamad Hairi Mustafa Kamal di talian 014-3042 195 /03-8870 0512 atau e-mel ke muhamadhairi@sprm.gov.my.

Terdahulu, seramai 46 individu termasuk 27 pegawai Jabatan Imigresen (Imigresen) dilaporkan ditahan dalam serbuan serentak di empat negeri semalam, selepas disyaki terbabit sindiket salah guna cop keluar dan masuk di sempadan negara.

Ops Selat digerakkan SPRM dengan kerjasama Imigresen membabitkan serbuan di Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Selain 27 pegawai Imigresen, turut ditahan 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam semuanya berusia antara 21 hingga 46 tahun, yang dipercayai orang tengah dalam operasi haram itu.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.