Header Ads

Aksi Switzerland-Ukraine batal angkara COVID-19

 Pasukan kebangsaan Ukraine menjalani latihan di Stadium Swissporarena, Lucerne, Switzerland sehari sebelum aksi menentang tuan rumah saingan Liga Negara-Negara. - Foto EPA.

Pasukan kebangsaan Ukraine menjalani latihan di Stadium Swissporarena, Lucerne, Switzerland sehari sebelum aksi menentang tuan rumah saingan Liga Negara-Negara. - Foto EPA.

KIEV, Ukraine: Perlawanan Liga Negara-Negara antara Switzerland dan Ukraine yang dijadualkan di Lucerne, Switzerland dibatalkan selepas enam pemain pasukan pelawat disahkan positif COVID-19.

Persatuan Bolasepak Ukraine dalam satu kenyataan berkata perlawanan itu 'tidak dapat diadakan' selepas pihak berkuasa kesihatan Switzerland mengambil keputusan melaksanakan 'kuarantin ke atas semua delegasi pasukan kebangsaan Ukraine'.

Pasukan Ukraine dijadualkan beraksi menentang pasukan tuan rumah, Switzerland di Stadium Swissporarena, jam 3.45 pagi ini waktu Malaysia.

- AFP

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.