Header Ads

Hati-Hati! 10 Kopi Campuran Ini Disahkan Oleh KKM Mengandungi Racun

 Anda mungkin salah seorang peminum! Seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihanatan Malaysia (KKM) semalam di twitter, terdapat lapan kopi campuran atau bias akita dengar 3 in 1 yang dijual di pasaran merupakan antara 21 produk makanan yang didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya.

Menurut KKM, kopi campuran ini disyaki diadun dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone. Oleh sebab itu, KKM melarang semua produk yang telah dikenal pasti untuk dijual di pasaran.

Berikut 10 jenama Kopi Campuran disenaraikan oleh KKM secara terperinci yang mengandungi racun.

1Minuman kesihatan/jenama Tonik Tuan Haji 1921

2Kopi jantan tradisional / jenama Natural Herbs Coffee

3Miracle Energy Coffee / jenama Sabah brands

4Candy B+ Complex/ jenama California Pure

5Orange + / tiada jenama

6Kopi panggung Al Ambiak/ jenama Natural Herbs Coffee

7Kopi jantan tradisional 7A/ jenama AAAAAAA

8Kopi pra campuran/ jenama MW Coffee

9Kopi Harimau / jenama Kopi harimau

10Kopi Mutiara/ jenama Mutiara

Jadi anda semua diharapkan berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan terlarang.

Pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) .

Sumber Twitter KKM

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.