Header Ads

Robinho gagal rayuan penjara 9 tahun kerana merogol

 Gambar fail - bekas pemain Manchester City, Robinho. - Foto ihsan caughtOffside
Gambar fail - bekas pemain Manchester City, Robinho. - Foto ihsan caughtOffside

LONDON: Bekas pemain Manchester City, Robinho gagal dalam rayuannya untuk membatalkan hukuman penjara sembilan tahun atas kesalahan rogol.

Robinho disabitkan dengan kesalahan itu pada 2017 selepas didapati bersalah merogol seorang wanita Albania berusia 22 tahun. Ketika itu, dia masih lagi bersama AC Milan dan kejadian di sebuah kelab malam di Itali pada 2013.

Robinho dan lima lagi individu didapati bersalah melakukan rogol berkumpulan dan diperintahkan untuk membayar sebanyak 50,000 pound (RM266,000) setiap seorang kepada mangsa.

Bintang itu kemudiannya dihukum penjara sembilan tahun dan walaupun cuba mencabar keputusan itu, namun mahkamah Itali membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukuman terbabit.

Robinho berkata dia akan mengemukakan rayuan buat kali kedua. Mengikut undang undang Itali, dia tidak akan dihukum sehingga proses rayuan dimuktamadkan.

Pendakwa Raya, Cuno Tarfusser memberitahu UOL.com '(ia adalah) siasatan yang dijalankan dengan sempurna dengan hukuman darjah pertama yang tepat.'

"Secara profesionalnya, saya sangat berpuas hati khususnya kepada mangsa,".

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.