Header Ads

Amira Othman cedera otot

 Amira mahu lebih berhati-hati dan mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal atau bersenam keterlaluan selepas ini. Foto IG Amira Othman

Amira mahu lebih berhati-hati dan mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal atau bersenam keterlaluan selepas ini. Foto IG Amira Othman

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Amira Othman dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara sejak Sabtu lalu, berpunca daripada kecederaan otot.

Amira atau nama penuh, Nadia Amira Othman memberitahu, doktor mendapati dia mengalami mengalami simptom Rhabdomyolysis iaitu kecederaan otot berpunca daripada rutin senaman.

"Saya rasa sakit dan sengal-sengal badan selepas melakukan senaman berbasikal secara 'indoor', baru-baru ini.

"Namun, saya tidak fikir rutin itu keterlaluan. Sewaktu mengayuh basikal, lutut rasa menggigil tetapi saya teruskan.

Amira dimasukkan ke hospital, Sabtu lalu selepas mendapati kesakitan pada anggota tubuh berpunca daripada aktiviti senaman, tidak beransur pulih. Foto IG Amira Othman
Amira dimasukkan ke hospital, Sabtu lalu selepas mendapati kesakitan pada anggota tubuh berpunca daripada aktiviti senaman, tidak beransur pulih. Foto IG Amira Othman

"Ketika saya fikir ia tidak memudaratkan, detik itulah simptom mula menyerang," katanya kepada BH Online.

Amira yang popular dengan lagu Jaga-Jaga berkata, selepas beberapa hari, kesakitan itu tidak berkurangan.

"Badan saya masih rasa sakit berbisa. Otot badan terkejut sebab mungkin digunakan lebih daripada kebiasaan," katanya.

Amira berkata, paha mula membengkak dan dia sukar berjalan atau berbaring.

"Pada hari ketiga, saya dapati air kencing bertukar warna hitam pekat. Ketika itulah saya tidak teragak-agak pergi ke hospital.

"Saya fikir masalah yang saya alami mungkin ada kaitan kaitan dengan buah pinggang," katanya.

Amira yang juga kakak kepada penyanyi Irfan Haris, bagaimanapun memberitahu, keadaannya kini terkawal dan stabil.

Tambah Amira, doktor mengesahkan buah pinggangnya berada dalam keadaan baik dan berfungsi seperti biasa.

"Sekarang doktor sedang memantau organ hati saya. Tempoh hari, keputusan analisis tidak berapa baik. Namun, doktor ada beritahu keadaan semakin okay.

"Mudah-mudahan esok atau lusa saya boleh keluar dari hospital," katanya.

Amira mengaku perlu lebih berhati hati ketika bersenam.

"Doktor berpesan usah bersenam keterlaluan. Biar bersederhana supaya tidak memberi kesan kepada badan.

"Saya sedar tidak boleh bersenam ikut rasa hati. Kena ada ilmu kerana otot yang koyak juga boleh memberi kesan kepada buah pinggang dan hati," katanya.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.